Ludwig Van Beethoven (17 Desember 1770 - 26 Maret 1827) ialah seorang penggubah Jerman dan juga seorang tokoh unggul dalam sejarah musik klasikal. Beliau juga merupakan seorang ahli musik terpenting dalam tempoh peralihan antara musik era klasikal dan musik era romantis di dalam musik barat. Musik dan reputasinya banyak memberi inspirasi dan juga memberi tekanan dan jabaran kepada masyarakat penggubah-penggubah untuk generasi-generasi berikutnya, begitu juga kepada ahli-ahli musik dan para pendengar. Walau pun beliau pada hari ini dikenali sebagai seorang penggubah, Beethoven adalah juga seorang pemain piano yang dikagumi.
Beethoven berpindah ke Vienna, Austria ketika berumur awal dua puluhan, dan menetap di situ. Beliau belajar muzik di bawah bimbingan penggubah ternama, Joseph Haydn dan dengan pantasnya, mencapai kemasyhuran sebagai seorang pemain piano yang amat cemerlang.
Walaupun pendengaran beliau mula beransur-ansur hilang pada akhir dua puluhan, Beethoven terus gigih menghasilkan karya-karya agung di sepanjang hidupnya. Karya beliau terus dibuat walaupun setelah pendengaran beliau telah hilang sama sekali dan menjadikan beliau pekak.
Beethoven juga seorang penggubah bebas pertama dengan membuat penggubahan musik untuk konsert-konsert, menjual gubahan musiknya untuk penerbit-penerbit dan mendapat bantuan kewangan daripada sebilangan pelanggan-pelanggan kaya. Beliau memilih kerja bebas daripada mencari pekerjaan tetap di gereja atau tempat bangsawan sepertimana pemuzik atau penggubah lain.

1 komentar:
Japanese ne?
namanya unik
Posting Komentar